Thursday 16 June 2011

Bak kata bos, apa beza TAQWA dan TAKUT???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT,di atas nikmat keamanan untuk kita beramal ibadah kepadanya, nikmat Islam,Iman dan Ehsan. Nikmat kita dilahirkan dalam keluarga yang bersyahadah.

Entri kali ini adalah mengenai TAQWA. Teringat aku sewaktu sesi usrah di  KBCSB semalam, pengurus besar memberi persoalan kepada kami apakah perbezaan TAQWA dan TAKUT..

Orang zaman dahulu sering diceritakan dengan kisah-kisah hantu..Lalu terdidiklah mereka dengan rasa takut kepada hantu.Apabila takut kepada hantu maka mesti lari daripada hantu.Begitulah orang-orang terdahulu terdidik, dan sekarang perihal itu kembali dihidupan oleh orang-orang yang dikatakan berkarya. Berapa banyak sudah cerita-cerita yang mistik ini dijadikan bahan untuk mengaut keuntungan? Tanpa memikirkan natijah atau kesan terhadap akidah masyarakat.Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka-mereka ini.

Masyarakat (dahulu dan sekarang)lebih takutkan hantu daripada Allah SWT.Oleh kerana itu orang-orang alim dulu menggunakan perkataan TAQWA untuk memberi kefahaman yang jelas dalam soal akidah ini. Sekiranya disebut takut kepada Allah, maka mereka akan lari kerana takut, tetapi berbeza dengan TAQWA..Bagi  pendapat aku, Taqwa adalah rasa takut yang membuatkan kita semakin menghampirkan diri kepada Allah SWT..Beza bukan dengan rasa takut yang akan membuatkan kita melarikan diri daripada sesuatu yang kita takuti ? Ini huraian mengenai TAQWA, semoga kita dapat bersama manfaat ilmu.

Seorang hamba tidak dapat mencapai darjat taqwa (muttaqin) sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa , semata-mata kerana khuatir terjerumus dalam dosa (H.R. At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Para ulama telah berusaha memberikan definisi taqwa yang mudah dicerna. Al- Hasan Al-Bashri menyatakan bahwa taqwa adalah takut dan menghindari apa yang diharamkan Allah, dan menunaikan apa-apa yang diwajibkan oleh Allah. Taqwa juga berarti kewaspadaan, menjaga benar-benar perintah dan menjauhi larangan.

Secara sepintas, definisi taqwa tersebut cukup sederhana, namun ternyata dalam konteks amal, sangat memerlukan usaha yang  bersungguh-sungguh untuk meraihnya. Seorang sahabat Rasulullah SAW, Ubay bin Ka’ab pernah memberikan gambaran yang jelas tentang hakikat taqwa. Pada waktu itu, Umar bin Khatthab bertanya kepada Ubay tentang apa itu taqwa. Ubay balik bertanya : “Apakah kamu pernah berjalan di tempat yang penuh duri?” Umar menjawab : “Ya.” Ubay bertanya lagi : “Lalu apa yang kamu buat?” Umar menjawab: “Aku sangat berhati-hati dan bersungguh-sungguh menyelamatkan diri dari duri itu.” Ubay akhirnya menjawab : “Itulah (contoh) taqwa.”

Berjalan di tempat yang berduri saja sudah takut, apalagi menghadapi seksaan api neraka di akhirat kelak, seharusnya kita lebih takut lagi. Permasalahan yang dihadapi biasanya adalah “duri” semacam apakah yang dihindari oleh orang-orang bertaqwa itu dan sejauh manakah kita mampu untuk menghindari “duri” itu.

Definisi tentang taqwa menurut Al-Hasan Al-Bashri (yang juga diikuti dan disepakati oleh para ulama) di atas, memberikan penjelasan bahawa duri yang menghadang para muttaqin adalah apa-apa yang diharamkan atau dilarang oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, kita seharusnya berjalan hati-hati, waspada, dan takut terhadap semua larangan Allah.

Istilah taqwa memang sudah mula kehilangan makna. Padahal, bagi kaum muslimin, paling sedikit satu kali dalam seminggu, dalam khutbah Jumaat, khatib mengajak untuk sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kita. Dalam al-Quran, banyak ayat yang memerintahkan kita untuk bertaqwa. Allah SWT menjanjikan bahawa sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi-Nya adalah manusia yang paling bertaqwa.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menyatakan bahawa orang bertaqwa adalah orang yang telah menjadikan tabir penjaga antara dirinya dan neraka. Pernyataan ulama besar salaf ini memiliki kandungan yang lebih spesifik lagi. Orang bertaqwa bererti dia telah mengetahui hal-hal apa saja yang menyebabkan Allah murka dan menghukumnya di neraka. Selain itu, ia juga harus mengetahui batasan-batasan (aturan-aturan) Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya.

Di sinilah peranan yang penting dari perintah Rasul SAW untuk menuntut ilmu dari mulai lahir hingga liang lahad. Ketaqwaan sangat memerlukan landasan ilmu yang benar dan lurus, sesuai dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT sangat mencela kepada orang-orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tentang batasan-batasan yang telah disampaikan kepada Rasul-Nya. Hal ini seiring dengan firman Allah bahawa Alah akan meninggikan orang-orang berilmu beberapa darjat.

Dalam perjalanan meraih darjat taqwa,perjuangan yang sungguh-sungguh amat diperlukan untuk melawan hawa nafsu, bisikan syaitan yang sangat halus dan sering membuat manusia terpedaya. Sikap istiqamah dalam menunaikan ajaran Allah sangat diperlukan untuk kita menuju darjat taqwa.

Syekh Abdul Qadir pernah memberikan nasihat : ”Jadilah kamu bila bersama Allah tidak berhubungan dengan makhluk dan bila bersama dengan makhluk tidak bersama nafsu. Siapa saja yang tidak sedemikian rupa, maka tentu ia akan selalu diliputi syaitan dan segala urusannya melewati batas.”

Seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan dosa-dosa, baik kecil mahupun besar. Baginya dosa kecil dan dosa besar adalah sama-sama dosa. Ia tidak akan memandang remeh dosa-dosa kecil,kerana gunung yang besar tersusun dari batu-batu yang kecil (kerikil). Dosa yang kecil, jika dilakukan terus-menerus akan berubah menjadi dosa besar. Tidak hanya hal-hal yang menyebabkan dosa saja yang ditinggalkan oleh orang-orang bertaqwa, hal-hal yang tidak menyebabkan dosa pun, jika itu meragukan, maka tinggalkannya dengan penuh keikhlasan.


Monday 25 April 2011

Engineering Industrial Training (EIT)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak post entry terbaru..Disebabkan sebelum ni bz dgn exam dan kemudiannya pulang ke kampung dan line 'beruk'band di kampung tidak mengizinkan aku meng'online'kan diri dan tak dapat nak update blog ni..

Cerita terbaru tentang aku sekarang ni, asyik berulang alik dari kb-pengkalan kubur, tumpat coz sekarang ni my mom bawa akak aku yg baru bersalin balik berpantang kat umah baru kat kampung..seminggu cuti ni asyik penat menjaga dan melayan keletah anak2 sedara yang bermacam2 ragam dan perangai..Penat+geram+lucu+gembira dan bermacam2 lagi yg aku rasa bila berada di rumah melayan anak2 sedara yang comel2..

Hari ni, 25 April 2011, aku mula start EIT atau praktikal kat Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd kat Jalan Kota Bharu-Machang...Ape yang menariknya di sini, setiap pagi kena berkumpul dulu kat bilik mesyuarat untuk santapan rohani seperti baca al-Quran, tazkirah, baca mathurat dan sebagainya..Lepas selesai santapan rohani barulah staff berpecah ke kilang atau production house masing2..

Hari ni first day aku kat KBCSB, aku ditugaskan membuat kerja di kilang Nutraseutikal bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) Kat kilang ni, kitorang produce sabun, lotion dan shower gel..untuk hari ni, kitorang just produce sabun jew..mmg best gak la walaupun aku dan sorg lagi technician je lelaki..4 org lagi perempuan...walaupun agak penat berdiri je masa wat kije, tapi aku rasa berbaloi coz dapat ilmu baru..di samping wat sabun, aku juga sempat menolong RO kat R&D room..Kat GMP factory ni, aku dapat kenal Ilham, Su, Wawa, Aida and Shimah...umur yang hampir sebaya membuatkan aku tak kekok untuk berbual dan bergaul dengan mereka semua..

Kat KBCSB ni, aku sorg je student UIA yang diterima untuk praktikal walhal ramai jew yang apply..dan tadi aku dapat info awal bulan Mei nanti akan ada student drpd universiti lain yang akan masuk wat praktikal sekali dgn aku..ok la tu ada gak kawan walaupun lambat masuk..hehehe..Rasanya setakat ni dulu entry untuk kali ni..ntah ape la nasib aku untuk hari kedua praktikal esok..harap2 semuanya berjalan lancar...Doakan aku ye kawan2 semua..Jumpa lagi dalam entry yg lain..Salam 'alaik..

Mohd Hafiz bin Rashid
Kampung Langgar,
Kota Bharu, Kelantan

Saturday 26 March 2011

Selagi ada rindu...

Ntah nape la tetiba lak aku suka layan lagu ni..dia yang kenalkan lagu ni kat aku..dgr lagu ni time aku kol dia, rasa tangkap leleh lak..pastu terus aku cari and download lagu ni kat tenet..hehehe...semangat tul..kalau la study pun camni..pas kelas terus study kan bagus..hahaha..ape2 pun lagu ni mmg best bagi aku...

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia


Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long

My new nephew

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Hari Khamis lepas, selesai je presentation terakhir untuk semester ni, aku dpt msg drpd akak aku bagitau aku dpt anak saudara baru..Alhamdulillah kali ni anak saudara lelaki..best sangat2..

First time dapat anak saudara lelaki...sebelum ni semuanya girl..hehehe..mmg genetic camtu nak wat camne..genetic ramai pompuan drpd lelaki..hehehe...

Tak sabar rasanya nak balik peluk cium my nephew ni..Rasa cam nak je minggu ni tapi takde ongkos lak coz minggu lepas dah balik..sabar je la..Insyaallah pas final exam leh la Paksu balik tgk anak saudara baru ni..hehehe...

Pasal nama lak, tak pasti lagi nak letak nama ape tapi akak aku cakap mesti ada huruf A dan H..Cam anak sulung dia la..Nur Aisyah Humayraa..kalau aku la, best letak Adam Haikal..tapi anak sepupu aku dah ada yg nama ni..Adam Hawa je lah..hahaha...

A dan H...antara impian aku dgn dia gak nak guna huruf ni kat nama depan anak2..tapi akak aku dah sambar dulu..nak wat cene..hohoho...sabor je la..tak kisah la nama camne..yang penting nama tu elok utk anak2..Semoga terus bahagia semua and semoga baby jadi anak yang soleh untuk keluarga..Salam 'alaik..







Mohd Hafiz bin Rashid
E2.3
Mahallah Zubair al-Awwam
IIUM

Thursday 3 March 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setinggi2 rasa syukur aku panjatkan kepadaNYA kerana masih lagi diberi peluang untuk aku terus bernafas di persinggahan yang sementara ini..Semakin hari semakin hampir untuk semester ini berakhir..Ada diantara rakan-rakan aku yang akan menamatkan pengajian setelah berakhirnya semester ni..Betapa bahagianya mereka untuk menamatkan sisa2 pengajian bagi peringkat ijazah di UIAM ini..Dia yang berada di UIAM Kuantan juga begitu..Walaupun aku terpaksa 'extend' sem, aku tumpang gembira untuk kalian semua..Tahniah aku ucapkan dan ku pinta akan kalian mendoakan aku yang masih terkapai2 meneruskan perjuangan untuk memiliki segulung ijazah..Kepada dia, aku doakannya agar mendapat kerja yang diimpikan dan semoga segala impian kita tercapai secepat mungkin...Ameen..

Mohd Hafiz bin Rashid
E2.3
Mahallah Zubair al-Awwam
IIUM

Monday 28 February 2011

Luahan perasaan...

Assalamualaikum..

Salam ukhwah untuk anda semua..Berjumpa lagi kita pada entry yang kedua ini..Hari ni terasa amat penat buat aku..Banyak benda nak kena buat, nak kena fikir dan kena layan(layan movie la tu..hehehe)

Petang tadi sempat ponteng satu kelas semata2 untuk siapkan take home test..mujur gak take home test..takde la perlu pening2 fikir untuk study..tapi kena la study gak untuk jawab test tu tapi ok la sket kot sebab leh rujuk buku, note dan google kat internet..Alhamdulillah yang tu dah setel..

Then pergi la plak kelas separation..student yang kaum sejenis dengan aku hanya 4 orang je yang datang termasuk aku..kelas plak mmg boring bangat deh..untuk second half for this sem, kelas separation di "take over" oleh lecturer lain..memang biotech punya department suka jew wat style tukar2 lecturer skrg ni..mungkin motifnya taknak student boring dgn sorang lecturer jew tapi hasilnya mmg boring gak..bayangkan untuk second lecturer ni, dia leh abiskan satu set slide dalam masa 30 min..mana taknya..dah baca jew cepat2 mesti la leh abis cepat..kalau ada penjelasan pun, ada la dalam 15% jew kot..hohoho...memang terbaik lah...ape2 pun harap leh score la nanti final..Doakan aku eh...

Abis pasal study, masuk bab kete plak..petang tadi time gi cafe, baru perasan yang tayar depan bahagian kanan kete aku dah "botak" pada sedikit bahagian disebabkan rim yang bengkok before ni..before ni still ok lagi tapi tadi aku tgk, mmg dah kena tukar baru coz mmg dah botak banyak sangat sampai rasa cam ada besi yang kuar drpd tayar tu..mmg sayang gak sebab bahagian lain bunga still ok..hanya kerana small part tayar tu prob, so kena la tukar sebiji..bukan sebiji la..kena tukar dua biji coz yang sebelah lagi pun dah 'botak' sangat dah..DUIT oh DUIT...sedih gak la sebab simpan duit tu ingat nak wat beli tikat utk balik KB time 3 orang kawan aku kahwin pada 12 and 13 mac ni..nak wat camne..tgk la dulu camne..kalau ada rezeki, leh la balik gak..tapi kena saving la sket...huhuhu..semoga ujian dan dugaan ni menjadikan aku orang yang lebih bersyukur dengan nikmatNYA...Ameen..

Rasanya dah banyak aku tulis untuk entry yang kedua ni..kepada yang berada jauh 240km di kuantan sana, thanks a lot coz memahami dan sudi menghulurkan bantuan kepada aku..tapi rasanya biarlah aku tanggung dulu masalah ni k..nanti if perlukan bantuan, i'll inform u..sehingga berjumpa lagi pada entry yang akan datang..

"Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-MU yang ENGKAU kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redai dan masukkanlah aku (dengan limpah rahmat-MU) dalam kumpulan hamba-hamba MU yang soleh" -(Surah al-Naml:19)


Mohd Hafiz bin Rashid
E2.3
Mahallah Zubair al-Awwam
IIUM

Friday 25 February 2011

Pawana Senja Kembali

Assalamualaikum..

Salam ukhwah untuk anda sekalian..Setelah lama menyepi, akhirnya Pawana Senja kembali dengan blog baru..hehehe...

Diri ini ingin memohon maaf kepada rakan-rakan semua coz dah lama tak update blog sebelum ini..Betul la seperti apa yang seorang kawan saya bagitau, hangat2 tahi ayam jew..hehehe..

Setelah lama tidak update blog sebelum ni, saya akhirnya tidak dapat login untuk mengemas kini blog tersebut..(tak ingat password and id..huhuhu)..

So, terpaksa la saya register untuk blog baru tapi trademark PAWANA SENJA masih dikekalkan..(penting tu..hehehe)..

Harapnya dengan terhasilnya blog ni, semangat utk meng'update' blog ni berterusan..Kepada kawan2 semua, mohon doanya ye...Rasanya setakat ni je dulu..Jumpa lagi pada entry yang akan datang...

Salam ukhwah,
 
Mohd Hafiz bin Rashid
E2.3,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM.