Monday, 25 April 2011

Engineering Industrial Training (EIT)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak post entry terbaru..Disebabkan sebelum ni bz dgn exam dan kemudiannya pulang ke kampung dan line 'beruk'band di kampung tidak mengizinkan aku meng'online'kan diri dan tak dapat nak update blog ni..

Cerita terbaru tentang aku sekarang ni, asyik berulang alik dari kb-pengkalan kubur, tumpat coz sekarang ni my mom bawa akak aku yg baru bersalin balik berpantang kat umah baru kat kampung..seminggu cuti ni asyik penat menjaga dan melayan keletah anak2 sedara yang bermacam2 ragam dan perangai..Penat+geram+lucu+gembira dan bermacam2 lagi yg aku rasa bila berada di rumah melayan anak2 sedara yang comel2..

Hari ni, 25 April 2011, aku mula start EIT atau praktikal kat Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd kat Jalan Kota Bharu-Machang...Ape yang menariknya di sini, setiap pagi kena berkumpul dulu kat bilik mesyuarat untuk santapan rohani seperti baca al-Quran, tazkirah, baca mathurat dan sebagainya..Lepas selesai santapan rohani barulah staff berpecah ke kilang atau production house masing2..

Hari ni first day aku kat KBCSB, aku ditugaskan membuat kerja di kilang Nutraseutikal bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) Kat kilang ni, kitorang produce sabun, lotion dan shower gel..untuk hari ni, kitorang just produce sabun jew..mmg best gak la walaupun aku dan sorg lagi technician je lelaki..4 org lagi perempuan...walaupun agak penat berdiri je masa wat kije, tapi aku rasa berbaloi coz dapat ilmu baru..di samping wat sabun, aku juga sempat menolong RO kat R&D room..Kat GMP factory ni, aku dapat kenal Ilham, Su, Wawa, Aida and Shimah...umur yang hampir sebaya membuatkan aku tak kekok untuk berbual dan bergaul dengan mereka semua..

Kat KBCSB ni, aku sorg je student UIA yang diterima untuk praktikal walhal ramai jew yang apply..dan tadi aku dapat info awal bulan Mei nanti akan ada student drpd universiti lain yang akan masuk wat praktikal sekali dgn aku..ok la tu ada gak kawan walaupun lambat masuk..hehehe..Rasanya setakat ni dulu entry untuk kali ni..ntah ape la nasib aku untuk hari kedua praktikal esok..harap2 semuanya berjalan lancar...Doakan aku ye kawan2 semua..Jumpa lagi dalam entry yg lain..Salam 'alaik..

Mohd Hafiz bin Rashid
Kampung Langgar,
Kota Bharu, Kelantan

No comments:

Post a Comment